Sabtu, 14 Mac 2009

MENGAMALKAN GAYA HIUP SIHAT

Berikut adalah TUJUH cara hidup sihat yang boleh diamalkan dan digalakkan dikalangan murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran:-
1. JAUHI DARIPADA MEROKOK
Penghisap rokok boleh mengalami berbagai penyakit. Kemungkinan maut daripada penyakit-penyakit tersebut lebih daripada orang yang tidak merokok dan mereka juga mengalami dua kali ganda risiko serangan jantung dan empat kali ganda kematian mengejut. Tidak sia-sia seseorang itu berhenti merokok. Risiko penyakit jantung akan terus berkurangan dan selepas beberapa tahun kadar kematian mereka akan menjadi rendah seperti orang yang tidak pernah merokok. Orang yang mula merokok semenjak muda merbahayakan diri mereka lebih daripada orang lain. Banyak faktor yang mempengaruhi remaja untuk merokok. Sama ada mereka terpengaruh atau tidak terpulanglah kepada teladan yang ditujukkan oleh ibu bapa. Menyedut asap rokok dari persekitaran (perokok pasif) telah dikaitkan dengan penambahan risiko penyakit-penyakit berkaitan dengan merokok. Bangunan-bangunan awam, hospital, restoran dan tempat perniagaan telah melaksanakan polisi larangan merokok. Langkah-langkah ini memberikan kesedaran kepada pelanggan dan kakitangan di tempat-tempat berkenaan mengenai bahaya merokok sama ada secara aktif atau pasif. Usaha-usaha yang berterusan seperti ini di peringkat kesihatan awam akan mengurangkan kadar kematian dan hilang upaya akibat merokok. Secara tidak langsung murid-murid dapat menggunakan informasi ini untuk melaksanakan gaya hidup sihat.

2. MENGAWAL TEKANAN DARAH TINGGI
Darah tinggi yang tidak dikawal boleh meninggikan risiko penyakit jantung. Darah tinggi yang tidak dirawat akan menjadi masalah besar dan boleh menyebabkan kerosakan ateri jantung, buah pinggang dan organ-organ lain. Darah tinggi juga meningkatkan risiko serangan jantung, strok atau penyakit buah pinggang. Penyakit darah tinggi apabila ditambah pula dengan risiko-risiko lain seperti gemuk, merokok, kelestrol yang tinggi atau diabetes akan meningkatkan risiko penyakit jantung. Darah tinggi senang dikawal dan rawatannya termasuk mengawal makanan dan ubat-ubatan. Punca darah tinggi masih belum diketahui, inilah sebab utama anda perlu menjalani pemeriksaan doktor yang kerap. Bagi pesakit-pesakit darah tinggi, mereka boleh mengawal diri daripada ditimpa kesan-kesan mudarat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan